Saturday, 30 January 2016

Bumbung rumah En. Rafizi di Puncak Iskandar, Seri Iskandar.

Assalamualaikum...
Kisah rumah pelanggan kami. Skop kerja nak gantikan bumbung lama yang diperbuat dari kaca kemudian digantikan dengan bumbung polycarbonate warna coklat.

Ni bumbung asal. Diperbuat dari kaca yang berat gilerrr. Nak bawak turun tu memang agak mencabar la. Berat sekeping lebih kurang 20kg. Ada 5 keping semuanya.


Bawah ni gambar bila kaca semua dah diturunkan. Nak drop besi putih ni pun boleh tahan jugak. Kami potong sikit-sikit masa nak turunkan bingkai tu since owner kata dia dah tak pakai besi tu. Kalau tak, kena panggil crane la jawabnya.


Long to short story, jangan fikir camana kami kerja kat bengkel, tak payah fikir teruk-teruk sangat pasal kami. Yang penting, ni la hasil bumbung yang owner nak. Warna coklat gelap. Sejuk sikit dari bumbung sebelum tu. (Kalau nak cakap sejuk terus, kita kena sedar yang negara kita terletak di garisan khatulistiwa) hehehehe....

Bumbung di bahagian tepi rumah, rapat ke belakang...




Ni pula bumbung bahagian depan. Ada la kami hadiahkan bunga sikit-sikit.


Gambar bawah ni bahagian depan rumah juga. Pun ada bunga sikit.


Jadi sekian dulu post kali ni. Kalau sesiapa berminat atau berhajat nak buat grill, awning, gate atau apa-apa kerja welding di kawasan sekitar Batu Gajah, Tronoh, Seri Iskandar, Bota atau kawasan sekitar, boleh la hubungi Halidi di no 012-531 4649. Boleh bincang-bincang dulu apa yang patut. Tak buat pun takpe, at least boleh tambah kenalan. Kalau nak hubungi saya direct pun boleh. Tapi kalau tak dapat call, saya prefer whatsapp di no 019-576 7776. Boleh juga tengok kami di facebook. Kat sana banyak sikit aktiviti kami yang mudah saya nak update. Boleh klik direct kat FB SaHa Welding Shop. Oh ya. Jangan lupa like/follow ye FB tu.....

Doa saya semoga anda sihat dan bahagia.... Aminnnnn....

No comments:

Post a Comment