Saturday, 30 January 2016

Bengkel besi terbaru di Tronoh, Seri Iskandar, Bota dan Batu Gajah

Assalamualaikum semua...

Nak bagitau ni. Kami adalah antara penyedia servis kerja-kerja besi di sekitar kawasan Batu Gajah, Tronoh, Seri Iskandar dan Bota. Walaupun bengkel baru, tapi welder ni dah buat kerja ni hampir 10 tahun dengan orang. Dan kini masanya, bersaing merebut peluang, mencuba cabaran baru dan menyahut sunatullah untuk terjun dalam bidang perniagaan sendiri.

Bukan niat nak bersaing dengan bengkel-bengkel lain, sebaliknya SaHa Welding Shop cuba mempelbagaikan lagi pilihan untuk warga penduduk sekitar kawasan ni. Ayuh warga pengusaha bengkel besi, kita tingkatkan kualiti dan tingkatkan ekonomi agar mampu membantu insan yang lebih memerlukan.

Untuk post kali ni, kami lebih kepada nak memperkenalkan lokasi bengkel kami. Terletak betul-betul tepi jalan besar di kawasan Tronoh. Kalau tuan/puan datang dari Ipoh menghala ke Seri Iskandar, bengkel kami di sebelah kanan dan tuan/puan boleh buat pusingan U di "traffic light" Shell Tronoh.

Kalau tuan/puan dari Seri Iskandar menghala ke Ipoh, lepas je lampu isyarat tu, terus masuk kat depan kedai sebaris dengan Shell dan terus sampai kedai paling hujung.






Boleh juga tengok update aktiviti terbaru melalui facebook kami di FB SaHa Welding Shop. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi team leader bengkel kami 019-9100 855 atau 019-9100 321.
Sekian terima kasih...

Bumbung rumah En. Rafizi di Puncak Iskandar, Seri Iskandar.

Assalamualaikum...
Kisah rumah pelanggan kami. Skop kerja nak gantikan bumbung lama yang diperbuat dari kaca kemudian digantikan dengan bumbung polycarbonate warna coklat.

Ni bumbung asal. Diperbuat dari kaca yang berat gilerrr. Nak bawak turun tu memang agak mencabar la. Berat sekeping lebih kurang 20kg. Ada 5 keping semuanya.


Bawah ni gambar bila kaca semua dah diturunkan. Nak drop besi putih ni pun boleh tahan jugak. Kami potong sikit-sikit masa nak turunkan bingkai tu since owner kata dia dah tak pakai besi tu. Kalau tak, kena panggil crane la jawabnya.


Long to short story, jangan fikir camana kami kerja kat bengkel, tak payah fikir teruk-teruk sangat pasal kami. Yang penting, ni la hasil bumbung yang owner nak. Warna coklat gelap. Sejuk sikit dari bumbung sebelum tu. (Kalau nak cakap sejuk terus, kita kena sedar yang negara kita terletak di garisan khatulistiwa) hehehehe....

Bumbung di bahagian tepi rumah, rapat ke belakang...




Ni pula bumbung bahagian depan. Ada la kami hadiahkan bunga sikit-sikit.


Gambar bawah ni bahagian depan rumah juga. Pun ada bunga sikit.


Jadi sekian dulu post kali ni. Kalau sesiapa berminat atau berhajat nak buat grill, awning, gate atau apa-apa kerja welding di kawasan sekitar Batu Gajah, Tronoh, Seri Iskandar, Bota atau kawasan sekitar, boleh la hubungi Halidi di no 012-531 4649. Boleh bincang-bincang dulu apa yang patut. Tak buat pun takpe, at least boleh tambah kenalan. Kalau nak hubungi saya direct pun boleh. Tapi kalau tak dapat call, saya prefer whatsapp di no 019-576 7776. Boleh juga tengok kami di facebook. Kat sana banyak sikit aktiviti kami yang mudah saya nak update. Boleh klik direct kat FB SaHa Welding Shop. Oh ya. Jangan lupa like/follow ye FB tu.....

Doa saya semoga anda sihat dan bahagia.... Aminnnnn....